Wah.. aku dah beli bot.. abah aku call dia cakap dia berkenan nak guna bot nih.. aku tak tengok pun lagi bot nih.. terus bank in duit.. terus jadi beli.. Puas hati bila dapat tahu abah suka bot ni.
Mat Utie
Mind Your Own Business.. Doctorate at 31! Financial Freedom at 35!
Thursday, May 24, 2012
Thursday, March 22, 2012
Mode end of March

Bnyk mode aku bulan ni:
1. Nak cari rumah area Kajang plak tp belum jumpa2
2. Ke aku nak beli boat? utk feed aku pnya hobi atau boleh sambil2 buat bisnes jadi nelayan?
3. Atau nak teruskan kareer aku dalam bidang akademik?
Nak jadikan cerita aku baru balik dari Sibu, lepak rumah Cikgu Egy, Pok Mat n Ustaz Jali layan trip memancing. Sempat layan 2 trip. Trip Selalang dan Trip Belawai. Layan gambar dlu
Tuesday, February 28, 2012
Penyewaku lari
Penyewa ini telah menimbulkan masalah sejak dari awal dia menyewa. 3 tahun aku bertahan dengan sikapnya. Akan timbul pelbagai alasan pada setiap kali sewa sepatutnya dibayar olehnya.
Pernah alasan toyol telah masuk pecah rumahnya meneyebabkan dia kehilangan duit untuk membayar sewa. Beliau pernah juga dirompak, ibunya sakit terlantar di hospital, anaknya sakit, anaknya makan tikar getah dan macam2 lagi.
Setelah 3 tahun, aku dah hilang sabar. Aku gunakan khidmat ejen untuk menghalaunya keluar. Hasilnya beliau melarikan diri bersama 6 bulan sewa yang tidak berbayar disertai dengan bil api dan air yang agak banyak. Juga dihadiahkan aku dengan rumah yang bersepah-sepah berserta tombol-tombol pintu yang kuncinya hilang entah kemana.
Inilah hasilnya bila tuan rumah yang baik(tak bertempat) macam aku menguruskan rumah sewa. Good lesson untuk aku. Lepas ni aku akan gunakan taktik yang lain. Tiada sebarang kompromi yang akan diberikan lagi.
Harap aku akan dapat penyewa yang berdedikasi dengan hasil sewa yang lebih tinggi.
Sunday, February 19, 2012
Mode terkini
Lama betul tak menulis
Mode terkini
Mode 1 : Stadi FCPO dari jauh. Cuba memahami graph secara teknikal. Belajar dari kawan (Kemal n Sere) Bajet ciput. Belum boleh terjun. Dah beli beberapa buku hadiah dari voucher buku satu Malaysia.
Mode 2 : Bosan dah lama xbeli rumah, tergerak hari untuk mencari satu unit dalam masa terdekat
Mode 3 : Agak sibuk stadi cuba memenuhi kriteria PhD (Alhamdulillah setakat ni 3 ISI paper dah publish)
Wednesday, January 04, 2012
Delay your gratification
Agak susah untuk laksanakan benda ni, tambah-tambah bila duit ada kat dalam tangan kita.. bila ada duit je, mula la fikir "apa aku nak beli ek?", " nak tukar kereta apa ek?", "nak pakai handphone ape ek?".. pastu mula browse kat mudah.my, window shopping la eh..hehehe
Mengikut kefahaman aku, delay gratification ni maknanya menangguh kan untuk membeli sesuatu yang mewah untuk berseronok.
Aku nak pesan kat diri aku, "x perlu utk nak pakai benda yang bukan keperluan! masa muda ni ialah masa utk membina kekayaan demi masa depan anak islam melayu!" sekarang bukan masa utk berseronok itu!
Ya, aku harus sabar bnyk2.. sabar dan terus sabar.. setiap kali fikirkan ini, teringat cerita mengenai arwah moyang.. beliau amat bersederhana dan akhirnya membawa kejayaan dan kekayaan hingga ke anak cucu.. InsyaAllah aku akan dapat mewarisi amalan beliau.. ya, harapnya masih ada keturunan darah beliau dalam diri aku..heheh...
Subscribe to:
Posts (Atom)